PM arah sedia laporan lengkap cadangan restoran wajib ada sijil halal

Fahmi 2

Fahmi bercakap ketika sidang akhbar mingguan di kementeriannya di sini, hari ini.Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menyediakan laporan lengkap cadangan mandatori pensijilan halal.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, laporan penuh mengenai cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

“Perdana Menteri sudah meminta Menteri Agama untuk sediakan laporan apakah langkah seterusnya (cadangan wajib sijil halal) untuk dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan,” katanya pada sidang akhbar mingguan pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *