PETALING JAYA – Pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”sudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
“Hari patah hati nasional tapi tidak apa-apa, saya turut bahagia,” tulis Parul Bakar. – https://amiminerals.org/