KOTA BHARU – Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memecah masuk sebuah kedai menjual racun dan alat pertanian bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Nuriman Hafiz Roslan, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Lelaki itu bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan pecah rumah untuk mencuri di premis berkenaan di Jalan Pasir Mas Salor, Kampung Kubang Rawa Salor di sini pada 15 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan. Sebutan semula kes pada 15 Disember ini. – https://amiminerals.org/