KLUANG – 68,000 peserta Felcra Berhad (Felcra) bakal menerima durian runtuh selepas mencatatkan peningkatan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 sebanyak RM129 juta tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perolehan tersebut adalah hasil daripada 600 projek yang mencatatkan keutungan seluruh negara.
Katanya, kenaikan interim kali ini adalah dipengaruhi oleh peningkatan prestasi keseluruhan Projek-projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) Felcra Berhad yang memberangsangkan iaitu RM218 juta.
“Peningkatan keuntungan pada tahun ini sebanyak RM81.23 juta sekali gus menunjukkan pencapaian yang baik berbanding keuntungan RM48.5 juta pada tahun lalu.
“Keuntungan tersebut akan dibayar secara berperingkat-peringkat kepada semua peserta bermula hari ini,”katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika berucap dalam Program Felcra Madani Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek di sini hari ini.
Menurut Ahmad Zahid lagi, komitmen Felcra untuk meningkatkan hasil ladang yang berjaya mempengaruhi kenaikan hasil 21 peratus atau hampir 2 metrik tan per hektar berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ujarnya, kos operasi ladang telah dapat dikurangkan sehingga 13.5 peratus per hektar melalui pelaksanaan sebagai inisiatif penjimatan kos operasi yang strategik dan efektif.
“Inisiatif itu berjaya meningkatkan pendapatan per hektar ladang sebannyak 31 peratus,”katanya. – https://amiminerals.org/