PUTRAJAYA – UMNO menyifatkan permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seseorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf itu dan UMNO berpendirian bahawa Najib telah dipengaruhi salah oleh seseorang atau sekumpulan individu.
“Perkara (permohonan maaf) ini harus diambil satu keprihatinan dan kita jangan terus prasangka dan lemparkan pelbagai taksiran tentang perkara itu.
“Kenyataan (permohonan maaf) itu dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi dimahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi berkenaan memberi keterangan,”katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.
Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibacakan oleh anaknya Datuk Mohamad Nizar.
Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi. – https://amiminerals.org/