Permohonan, cetakan Mykad hanya di Malaysia sahaja – JPN

WhatsApp Image 2024 09 07 at 4.46.58 PM

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di negara ini sahaja.

JPN dalam kenyataan berkata, penegasan itu dilakukan susulan tular sebuah video di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat projek cetakan MyKad dilakukan di luar negara.

Jelas jabatan itu, bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara juga perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar serta meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara,” katanya hari ini.

JPN berkata, sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected]. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *