Permintaan terakhir mahu pandu kereta berakhir tragedi

SHAPERI kanan menyampaikan baucer dan barangan keperluan

SHAPERI (kanan) menyampaikan baucer dan barangan keperluan harian kepada Punidhavati di rumahnya di Taman Melati, Lumut, Perak.

LUMUT – “Anak merayu minta kunci kereta dan beritahu ini kali terakhir dia memandu untuk ke jamuan perpisahan penyelianya. Rupa-rupanya memang betul itu kali terakhir selepas dia maut dalam kemalangan.”

Demikian kata K. Punidhavati, 44, ibu K. Pravin, 21, yang meninggal dunia apabila kereta yang dipandu pemuda itu merempuh sebatang pokok berdekatan Bangunan Persekutuan Daerah Manjung di Seri Manjung, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.08 pagi, 5 Oktober lalu, Pravin cedera parah di kepala dan badan, manakala kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya remuk.

Menurut wanita itu, beberapa jam sebelum kejadian, dia dan mendiang yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu berbalah selepas melarang pemuda itu keluar menghadiri jamuan di sebuah restoran di Seri Manjung.

Tambahan pula Pravin sudah dua tahun memiliki lesen hanya mula memandu sejak sebulan lalu.

“Dia anak yang baik, tidak keluar malam dan mendengar cakap saya. Cuma pada malam (kejadian) itu dia bersungguh-sungguh mahu keluar dan akhirnya saya izinkan walaupun dengan berat hati,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Melati di sini hari ini.

Terdahulu, ibu tunggal itu menerima baucar faedah pengurusan jenazah bernilai RM3,000 dan sumbangan barangan keperluan harian daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso Manjung, Mohd. Shaperi Md. Salleh menyampaikan sumbangan itu dan memaklumkan anak bongsu Punidhavati berusia 17 tahun turut menerima pencen penakat sehingga berusia 21 tahun.

Pravin yang bekerja di kilang sarung tangan di Lekir dan abangnya berusia 22 tahun yang merupakan pemandu lori membuat pinjaman atas nama bersama bagi membeli rumah teres dua tingkat.

“Rumah itu baru diduduki kami empat beranak kira-kira empat bulan lalu. Kini anak sulung saya terpaksa menanggung membayar ansuran bulanan rumah itu yang berharga RM400,000. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *