Perhimpunan di Menara Condong Sabtu ini tiada kebenaran, permit

pdrm

Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan yang akan diadakan di Menara Condong pada Sabtu ini, kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tempat berhimpun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, sebagai pemilik premis tersebut, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) tidak memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan di lokasi itu atas faktor ketidaksesuaian tempat berhimpun.

“Pada Isnin (kelmarin), pihak polis menerima permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman dan kebenaran mengadakan program mengibarkan Jalur Gemilang di Menara Condong pada Sabtu ini bermula pukul 5 petang hingga 7 malam.

“Oleh itu, kita telah menampal notis pemberitahuan berhubung program tersebut di kawasan Menara Condong bagi mendapatkan pandangan orang ramai ,”katanya di sini, hari ini.

Pada 26 Oktober lalu, lebih 300 individu dilaporkan membanjiri Dataran Menara Condong di sini sambil mengibarkan Jalur Gemilang, susulan insiden bendera negara China dikibarkan oleh peserta Sambutan Guan Gong Sedunia di lokasi sama. – https://amiminerals.org/