Perhebat inisiatif untuk komuniti India – PM

40223b7d 5b0d 43c5 b124 c333dee0d1a8

Anwar mengadakan pertemuan bersama pengurusan Mitra dan beberapa Ahli Parlimen hari ini. – Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Kerajaan berpendirian untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk menerusi peruntukan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.

“Justeru, saya mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyelaras dan memperbanyakkan program berkaitan bagi memastikan peruntukan ini mencapai matlamat, yang akan diselia Timbalan Menteri, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

“Semoga iltizam kerajaan serta sokongan semua pihak khususnya daripada pimpinan masyarakat India, akan terus memperkukuh Mitra dan merealisasikan hasrat untuk memartabatkan masyarakat India di negara ini,”katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau mengadakan pertemuan bersama pengurusan Mitra dan beberapa Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat India bagi membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasa komuniti India. – https://amiminerals.org/