PETALING JAYA – Tindakan orang muda yang gemar mendapatkan nasihat ‘doktor TikTok’ dan pengamal perubatan tidak bertauliah di media sosial menyebabkan ramai dalam kalangan golongan itu terus dibebani dengan masalah mati pucuk (ED) yang kini semakin menjangkiti lelaki awal 40-an.
Pensyarah dan Pakar Perunding Kanan Urologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Md. Zainuddin berkata, statistik terkini menunjukkan tujuh daripada 10 lelaki berusia lebih 40 tahun di negara ini dijangkiti ED pada tahun ini.
Katanya, ia juga merangkumi 199.9 juta lelaki di Asia.
“Apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan ED untuk lelaki muda berlaku atas pelbagai faktor kesihatan yang mencabar seperti penurunan terteron dan fungsi pembuluh darah.
“Faktor kesihatan lain termasuk kencing manis, jantung, obesiti, darah tinggi, mental, tekanan dan kemurungan. Ramai lelaki muda mengalami stres akibat tekanan hidup yang semakin kompleks, tekanan kerja, masalah kewangan dan hubungan peribadi tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Dr. Zulkifli, penyakit itu mengganggu aliran darah yang penting untuk fungsi ereksi yang normal. – https://amiminerals.org/