PETALING JAYA – Ramai yang meluahkan rasa risau melihat beberapa individu semakin giat bersaing dalam memecah rekod pembelian nasi kandar ketika ini.
Menurut mereka, tindakan tersebut boleh menyumbang kepada peningkatan golongan obesiti di negara ini selain berisiko diserang penyakit berbahaya.
“Makin menjadi-jadi lawan siapa paling mahal, paling banyak makan nasi kandar sepinggan. Besar betul ruang perut sampai boleh ‘sumbat’ 30 ekor udang sekali gus,” kata Zack.
“Tak takut kena gaut ka, kambing segunung, udang penuh, bukan makan dalam nasi, siap pakej dalam pinggan pun penuh, bawa insaf la semua,” tegur Syazy.
Terdahulu, tular sebuah video daripada restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang memaparkan seorang lelaki mencipta rekod baru apabila telah memesan nasi kandar bernilai RM400.
Menerusi perkongsian itu, lelaki tersebut katanya telah memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80), 29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).
Lebih mengejutkan, hidangan itu dihabiskannya seorang diri dalam tempoh sejam.
Terbaharu, seorang anak muda dipercayai dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang berjaya menjadi pemegang rekod baharu apabila membelanjakan sebanyak 30 pinggang nasi kandar kepada pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Georgetown, Pulau Pinang pada harga RM450. – https://amiminerals.org/.