KEMAMAN – Seekor lagi penyu agar ditemukan mati di Pantai Penunjuk Kijal di sini semalam.
Bangkai reptilia tersebut ditemui oleh dua lelaki pada pukul 6.40 petang kira-kira 200 meter dari lokasi penemuan bangkai penyu pertama sebelum itu.
Amru Rashid, 37, berkata, dia dan rakannya, Che Wan Suhaimi Che Wan Sidik, 53, pada mulanya mereka curiga dengan penemuan objek besar sewaktu sedang bersiar-siar di pantai peranginan tersebut.
“Kami berlari menghampiri objek tersebut sebelum terkejut apabila mendapati ia sebenarnya bangkai penyu.
“Bangkai penyu tersebut dalam keadaan terbalik dengan ekornya mempunyai kesan kecederaan,”katanya kepada Kosmo! di Pantai Penunjuk, Kijal di sini hari ini.
Amru berkata, berdasarkan kesan kecederaan itu, dia percaya penyu terbabit berkemungkinan mati akibat terjerat pukat.
Dia yang menetap di Kampung Che Wan, Kijal juga percaya penyu tersebut baru sahaja mati berdasarkan fizikalnya yang masih sempurna dan tidak berbau busuk.
Terdahulu seorang peniaga wanita menemui bangkai seekor penyu agar di pantai peranginan sama pada pukul 11 pagi semalam. – https://amiminerals.org/