‘Penyewaku dari lubang neraka’

penyewa neraka

Tangkap layar video tersebut yang tular di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati rumah yang disewakannya ditinggalkan dalam keadaan penuh dengan sampah dan kotor.

Menerusi perkongsian pemilik rumah itu di TikTok @che.zaiton.isa, kelihatan rumah tersebut penuh dengan sampah seperti pembungkus makanan dan pakaian hampir di setiap ruang.

“Habis, hancur rumah. Satu hal pula nak kena kemas,” keluh lelaki tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata mengecam tindakan penyewa tersebut selain menasihatkan pemilik rumah bersikap lebih tegas dan kerap membuat pemeriksaan di kediaman yang disewakan.

“Saya pekerja kemas rumah, banyak saya jumpa penyewa buat rumah begini, sampai pening macam mana nak kemas,” kata Ernieka.

“Penyewa saya tinggal bil elektrik, bil air bila campur RM500 juga. Bila kita minta, dia punya alasan nanti, nanti. Bayar tak apa, tak bayar jumpa kat akhiratlah,” kongsi Yaniesmlh.

“Dah tiba masa jadi macam di Australia, memang ejen sangat tegas sentiasa periksa rumah. Dekat sini pemilik rumah boleh ikut cara itu, datang tengok rumah mengejut,” kata Ina.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200,000 kali. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *