Penunggang motosikal maut tercampak sebelum dilanggar lori

Kemalangan

Tangkap layar keadaan mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah jip sebelum tercampak dan dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.26 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah di badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian sebuah jip dari Subang ke daerah ini telah mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

Katanya, tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang mangsa telah melanggar kenderaan rosak tersebut.

“Mangsa telah tercampak ke kanan jalan lalu dilanggar sebuah lori. Impaknya mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya malam ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kemalangan ini agar menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Insp. Zaharizul Zamri di talian (019-3229097). – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *