MARAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal jenis Yamaha Y16ZR ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 84 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika mangsa Yuhairul Mohd Yusof, 47, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Pesagi di sini menuju ke Majlis Daerah Maran di sini.
“Apabila sampai di Kilometer 84 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur mangsa telah terlanggar pada bahagian belakang sebelah kiri MPV jenis Grand Livina berada di hadapannya yang hendak membelok masuk ke simpang sebelah kanan ke Kampung Sentosa di sini.
“Akibat daripada kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.
“Berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dua hala satu lorong dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan rata,”ujarya. – https://amiminerals.org/