Pentingnya nilai nyawa manusia di atas kapal -SHM Shipcare

pix baru lagi shm 123

Huzefa dan Avnish Sharma (kanan) memastikan segala peralatan dan kelengkapan di dalam kapal pelanggan sentiasa berada dalam keadaan selamat mengikut tahap standard pematuhan badan global dan tempatan.

Ekosistem industri perkapalan sangat luas pastinya menawarkan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada mereka yang pandai mengambil peluang . Salah satu yang syarikat yang berani menongkah arus dalam bidang mencabar itu adalah SHM (M) Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) yang kini berpangkalan di Klang, Selangor.

Syarikat bumiputera yang dioperasikan oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Huzefa Zainuddin dan dibantu oleh kakitangannya yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi itu menyediakan perkhidmatan keselamatan marin yang terbaik dan berkualiti untuk pelbagai jenis kapal dari dalam dan luar negara yang berlabuh di pelabuhan di negara ini.

“Kami memiliki kumpulan pekerja yang akan bertugas sepanjang 24 jam setiap hari. Ini adalah satu bidang kerja yang sukar dan mencabar. Kami perlu bersedia sepanjang masa kerana kapal yang berlabuh tidak kira masa dan tarikh, jadi kami laksanakan tugasan tersebut dengan sebaiknya.

“Pelabuhan ini dianggap sebagai R&R (rawat dan rihat). Jadi, kami akan melakukan pemeriksaan terhadap pelbagai produk dan peralatan di atas kapal itu.

“Industri perkapalan ini penting kerana ia adalah pengangkutan utama untuk mengangkut segala barangan termasuk minyak untuk dibawa ke semua destinasi di seluruh dunia menggunakan kapal.

“Jadi, tugas kami adalah untuk memberi jaminan keselamatan, keselesaan dan ketenangan kepada mereka yang bekerja atas kapal. Kami tidak akan berkompromi dengan masa, kualiti dan produk kerana itu kami mahu kapal itu sentiasa dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu temubual di pejabat baru-baru ini.

shm 23

Turut hadir Pengurus Besar SHM Shipcare, Avnish Sharma yang memiliki pengalaman yang meluas dalam bidang tersebut.

KOSMO!: Boleh jelaskan me­ngenai latar belakang syarikat dan perniagaan teras yang dijalankan?
Huzefa: SHM Shipcare ditubuhkan pada tahun 2014 dan hampir menamatkan sedekad kepakaran dalam perniagaan di negara in dan juga di rantau Asia Pasifik.

Kami telah mencapai kejayaan dengan mewujudkan piawaian industri tertinggi yang sepadan dengan ISO 45001:2018, OHSAS dan DOSH.

Kami adalah vendor Petronas berdaftar dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dan CIDB Malaysia.

Tempat kemudahan kami diluluskan oleh semua persatuan pengelasan utama seperti DNV-GL, ABS , ClassNK, daftar Llyod, Bureau Veritas, RINA, CCS, SCM serta pendaftaran perkapalan Panama, Liberia dan Bahamas.

Kami bersedia mewujudkan hab penyediaan perkhidmatan ke­selamatan marin dan sistem ke­langsungan hidup melalui pengeluaran pelbagai rangkaian peralatan keselamatan ma­ritim dan luar pesisir, bot badan kapal FRP, peralatan perlindungan diri, peralatan menyelamatkan nyawa dan keselamatan serta bot penyelamat. I

ni bertujuan untuk menjadikan pelayaran dan perdagangan laut itu lebih lancar agar ia dapat digunakan dalam sektor pertahanan, pengurusan bencana, pelancongan dan maritim. Keselamatan bagi kami adalah penting dan ia tidak boleh dirunding.

Falsafah kami adalah untuk memaksimumkan kebebasan di laut dan di pantai. Kebebasan untuk beroperasi, berdagang, berinovasi dan mengembara.

Tujuan kami adalah untuk menyediakan produk keselamatan dan penyelesaian kejuruteraan yang boleh dipercayai kepada pelanggan dan membantu mereka me­ningkatkan produktiviti serta dan memacu pertumbuhan organik mereka.

shm1

Apa yang dilakukan terhadap kapal yang berlabuh di pelabuhan di Malaysia?
Kami menawarkan pelanggan kami Peace of mind sebagai satu titik sokongan perkhidmatan komprehensif untuk pematuhan keselamatan mereka di laut.

Kami mempunyai bot penyelamat yang serba lengkap, pema­dam kebakaran, rakit ­penyelamat, elektronik, peralatan kargo dan keupayaan per­khidmatan pembaikan kapal am.

Kami adalah sumber yang boleh dipercayai dengan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman, lesen OEM, kelulusan pentadbiran bendera utama, menawarkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang baik kepada pelanggan di Malaysia, Singapura, India dan rantau Asia Tenggara.

Kami juga memiliki kemudahan hampir di setiap lokasi seperti di Klang, Selangor, Kemaman, Terengganu, Johor, Labuan, Sabah dan juga di Miri, Sarawak.

Pelabuhan ini dianggap sebagai tempat untuk persinggahan sementara. Jadi kami akan me­lakukan pemeriksaan terhadap pelbagai produk dan peralatan di atas kapal.

Kami memastikan pematuhan piawaian keselamatan kepada undang-undang antarabangsa dan tempatan.

Tanpa pematuhan, kapal tidak boleh beroperasi dan kami akan be­kerjasama dengan pelanggan untuk meningkatkan produktiviti mereka, memacu pertumbuhan mampan dengan menyediakan produk keselamatan serta ­penyelesaian kejurute­raan yang boleh dipercayai.

shm 56

Bersandarkan kepentingan dan tanggungjawab yang besar itu, apakah misi syarikat untuk memenuhi ke­perluan pe­langgan?
Visi kami berteraskan kepada safe seas safe shores yang mana agenda kami adalah lebih kepada keselamatan, ketenangan dan keselesaan kepada industri.

Misi kami adalah untuk menjadi peneraju dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin yang membolehkan kebebasan perniagaan, di laut dan di pantai.

Selain itu, kami bekerjasama dengan pelanggan untuk meningkatkan produkti­viti, memacu pertumbuhan mampan dengan menyediakan produk keselamatan serta ­penyelesaian kejuruteraan.

Bagaimana datuk boleh menceburi bidang ini?
Kami mempunyai hubungan kekeluargaan dengan SHM Group yang berpangkalan di Mumbai, India tetapi pada masa itu tiada urusan perniagaan dibangunkan bersama.

Selepas 2014, SHM Group mula mengembangkan perniagaannya di luar India dan membuka rangkaian baharu di beberapa negara termasuk Singapura dan di Malaysia. Pada mulanya, saya ragu-ragu dan berterus terang kepada mereka bahawa saya kurang pengalaman dan kemahiran dalam bidang itu tetapi saya menyahut cabaran ini.

Melihat kepada peluang perniagaan yang besar di Malaysia. kami mulakan dengan misi yang jelas dan sehingga kini, saya mengambil peluang lebih jauh dan fokus untuk mengembangkan perniagaan dalam industri ini di Malaysia.

Apakah cabaran pada fasa permulaan perniagaan ketika itu?

Bermula pada tahun 2014, pada awal fasa sehingga tahun ketiga ia amat sukar untuk dihadapi kerana persaingan yang amat sengit ketika itu. 

Masalah penerimaan daripada pelanggan memberi kesukaran kerana kami sebagai pemain baharu timbul persoalan, kenapa mereka perlu pilih kami?,’ Apabila mereka lihat kepada pengalaman dan rekod perniagaan yang dimiliki oleh SHM Group, sebenarnya kami memiliki keistimewaan yang menarik, bukan sahaja di India, nalah kami berada di semua pelabuhan di seluruh dunia, kami ada cawangan di Mesir, Colombo, Dubai, China di Singapura dan kini di Malaysia.

Selepas enam bulan, kami memperoleh kontrak bersaiz kecil dan terus membangun sehingga kini memiliki lebih daripada 150 pelanggan utama yang ada juga mengikat kontrak untuk tempoh panjang.

Nisbah kontrak tersebut 50 peratus adalah daripada kerajaan dan juga 50 peratus lagi daripada syarikat swasta. -https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *