Penjaga stor didakwa ‘makan’ anak saudara 14 tahun

mahkamah 4

Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang penjaga stor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak saudara perempuannya berusia 14 tahun pada 2021.

Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan rogol ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Mantin, Nilai pada 2021.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memaklumkan kepada mahkamah, laporan polis hanya dibuat selepas mangsa menerima rawatan di hospital.

Peguam, K. Ramalingam yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah minima.

“Tertuduh yang bekerja sebagai pekerja stor berpendapatan kurang RM1,800 sebulan menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan sembilan tahun serta ibu mertua yang tinggal bersama,”katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri setiap bulan, tidak mengganggu mangsa serta memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *