Pengetua, Pengarah Institusi Pendidikan Mara sorok kes buli akan ditukar

Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi.

PETALING JAYA – Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Pengarah Institusi Pendidikan Mara (IPMa) yang didapati menyorokkan maklumat serta menutup kes buli akan ditukar.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri. Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan tegas tersebut.

“Jangan sesekali ada IPMa termasuk Mrsm yang sorok kes buli. TPM (Ahmad Zahid) telah arahkan saya, jika ada kes buli disorokkan maka tindakan akan turut diambil ke atas Pengetua terbabit,”katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, beliau juga tidak akan berkompromi terhadap pelaku buli di mana-mana IPMa termasuk MRSM, Institut Kemahiran Mara (IKM),
Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)

“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA; “You Touch You Go!”,”katanya. – https://amiminerals.org/