Penganggur dicekup tumbuk nenek 73 tahun

GH24 template gari 6

GAMBAR HIASAN

KUALA SELANGOR – Seorang penganggur yang dipercayai menumbuk seorang wanita warga emas ketika menceroboh rumah mangsa di Kampung Pasir Tuntong di sini, Selasa lalu akhirnya dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pihaknya di tepi jalan sekitar bandar Kuala Selangor, pukul 7.45 pagi tadi.

“Suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor bagi siasatan dan tindakan lanjut. Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat bagi proses siasatan lanjut,”katanya ketika dihubungi hari ini.

WhatsApp Image 2025 02 01 at 14.36.38 ef74dbe5
Kecederaan yang dialami warga emas terbabit.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447/ 323 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan mencederakan mangsa.

Kelmarin polis menerima laporan kejadian itu, kira-kira pukul 5.50 petang dan hasil siasatan mendapati mangsa didatangi suspek yang masuk melalui pintu rumah yang terbuka lalu menerkam serta menumbuknya.- https://amiminerals.org/.