BATU PAHAT – Seorang lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa mengedar dadah jenis syabu pertengahan bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Nur Hazreq Khairuddin, 36, yang juga seorang penganggur sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat kasar 20.712 kilogram bernilai kira-kira RM662,784 di Jeti Minyak Beku, Batu Pahat, 21 April lalu.
Pemuda yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
30 Jun depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes, serahan laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan. – https://amiminerals.org/