Penduduk tersadai empat jam tidak dapat masuk rumah

WhatsApp Image 2024 08 11 at 6.27.16 PM

PENDUDUK Taman Bandar Baru, Masjid Tanah, Melaka terpaksa menunggu empat jam sebelum air bah mulai surut dan pulang ke rumah masing-masing.

ALOR GAJAH – Ratusan penduduk Taman Bandar Baru di Masjid Tanah tidak dapat pulang ke rumah apabila kawasan kediaman itu ditenggelami banjir kilat melebihi paras pinggang, sejak pukul 2 petang tadi.

Rata-rata penduduk terpaksa menunggu di kawasan tinggi berhampiran taman berkenaan sehingga pukul 6 petang bagi menunggu bah surut dan selamat untuk dilalui.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, bagaimanapun setakat ini empat lokasi dikesan terjejas teruk iaitu di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun.

“Kita telah mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Paya Lebar dan Balai Raya Seri Tanjung pada pukul 2.30 petang serta 3 petang selepas beberapa lokasi di Masjid Tanah ditenggelami air pada paras pinggang atau sekitar satu meter.

“Hujan lebat berterusan lebih tiga jam pagi tadi telah menyebabkan air sungai dan parit melimpah ke kawasan yang rendah termasuk penempatan penduduk,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *