Pendaki wanita maut jatuh lubang air di Cherok Tok Kun

WhatsApp Image 2024 09 17 at 5.24.15 PM

Anggota bomba mengangkat mayat dari lubang air sedalam satu meter di Jalan Kolam Cherok Tok Kun, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pendaki wanita maut selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang saluran air ketika menjalankan aktiviti pendakian di Stesen Gelombang Mikro, Jalan Kolam Cherok Tok Kun, di sini hari ini.

Mayat, Oh Ai Chin,50, dari Taman Bukit Juru di Simpang Ampat ditemui dalam keadaan terlentang dalam saluran sedalam satu meter, kira-kira pukul 12.59 tengah hari tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, Mohd. Azmi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan membantu mengangkat mangsa daripada pihak polis di lokasi kejadian.

Menurutnya, lokasi mangsa jatuh terletak kira-kira 200 meter dari pekarangan masuk di kaki bukit Hutan Lipur Cherok Tok kun.

“Mangsa jatuh dekat dengan trek mendaki iaitu pada ketinggian enam hingga tujuh kaki. Wanita itu ditemui orang awam sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan cedera pada kaki,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *