Pempengaruh India belanja anak yatim baju raya

WhatsApp Image 2025 03 22 at 9.46.50 PM

Pempengaruh berbangsa India belanja kelengkapan raya untuk anak-anak yatim di Senawang.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh berbangsa India bermurah hati menyantuni anak-anak yatim di Senawang menjelang Hari Raya Aidilfitri, sekali gus membuktikan perbezaan bangsa dan agama bukan penghalang untuk melakukan kebaikan.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Thedavids21, pemuda itu membawa anak-anak yatim membeli kelengkapan raya di sebuah kedai pakaian sebagai persediaan menyambut Syawal.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji sifat pemurahnya terhadap anak-anak yatim tersebut.

“Terima kasih tuan, bantu tak kira bangsa. Sedih pula, semoga dirahmati tuan,” komen @Bidadari79.

“Terbaiklah, kita hidup saling membantu walaupun berbeza agama. Terima kasih, abang,” kata @Insyaallah952.

“Orang baik hati tak kira bangsa, sudi memberi kepada mereka. Terima kasih, semoga awak diberikan rezeki yang melimpah,” ujar @Farabdul.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 62,200 tanda suka, 5,560 komen dan 2,598 perkongsian. -https://amiminerals.org/