Pemilik syarikat kemuka tuntutan palsu di Tawau ditahan SPRM

822c65be 5df4 4a3e bd45 e15f825aec8f

Gambar hiasan

TAWAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pemilik syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu untuk mendapatkan sebut harga kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut bernilai hampir RM200,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 60-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Tawau, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020.

“Suspek disyaki telah menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PPE),” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, Sabah, esok.-Iteenews.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *