Pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah: Suspek dituduh Isnin ini

WhatsApp Image 2024 08 16 at 19.02.13 a3135c28

SUSPEK ketika dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman sebelum ini. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Suspek kes pembunuhan kejam guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, arahan pendakwaan itu dikeluarkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Zain hari ini.

“Untuk makluman awal terkini suspek kes bunuh Allayarhamah Cikgu Istiqomah akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada pukul 9 pagi, Isnin ini.

“Ia seperti mana arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sebentar tadi,” katanya ketika memaklumkan perkembangan kes kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) juga telah mengeluarkan arahan pendakwaan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu, namun beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum tindakan lanjut dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman, hari ini. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *