Pemandu maut dihempap jengkaut

JENGKAUT MAUT

Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja menyelamat mangsa kemalangan melibatkan sebuah jengkaut di sebuah kuari di Kampung Terap Batu 10, Kulim, hari ini.

KULIM – Seorang lelaki pemandu jengkaut warga asing maut selepas jentera yang dipandunya terbabas dan terbalik lalu menghempapnya dalam satu kemalangan di sebuah kuari di Kampung Terap, Batu 10 hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.53  pagi tadi, difahamkan mangsa seorang warga Bagladesh berusia 30an, yang juga pemandu jengkaut itu maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dan tersepit di bawah jengkaut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang,Bandar Baharu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Shahir Reza Ruslal berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.53 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya dua jentera dari Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang bersama tujuh aggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian pihak kami mendapati sebuah jengkaut dipercayai telah terbabas dan dalam keadaan terbalik di  kawasan kuari itu

“Jengkaut terbabit dalam keadaan terbalik sebelah kiri dan mangsa berada di bawah jengkaut itu dipercayai tercampak keluar. Pihak kami mendapatkan bantuan dari jentera kuari untuk mengalihkan jengakut sebelum menyelamatkan mangsa,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Shahir Reza, anggota bomba segera menjalankan kerja menyelamat dan hasil pemeriksaan pihak kakitangan Kementerian Kesihatan mendapati, mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat kira-kira pukul 1.44 tengah hari. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *