Pelan Komunikasi Antidadah dilancar, 61 peratus penagih golongan muda

Ahmad Zahid 2 1

Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA – Sebanyak 61 peratus daripada 192,857 penyalah guna dan penagih dadah di negara ini merupakan golongan orang muda, sekali gus meletakkan isu penyalahgunaan dadah kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu ini menjadi ancaman besar kepada struktur sosial, keselamatan awam serta kestabilan ekonomi negara.

Menurut beliau, lebih 96 peratus dalam kumpulan penagih dan penyalah guna dadah ini adalah lelaki, yang didorong oleh pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba.

Dalam menangani isu ini, kata beliau, kerajaan melancarkan Pelan Komunikasi Antidadah 2025–2027 yang bersifat menyeluruh dan bersasar.

“Pelan ini menumpukan kepada perubahan sikap, peningkatan kesedaran, dan penyampaian maklumat yang tepat.

“Ini melalui sinergi pelbagai agensi – ke arah gerakan nasional melawan dadah secara kolektif,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Membenteras Gejala Dadah berkata, Mesyuarat juga mengambil maklum dapatan Pusat Racun Negara mengenai kemunculan vape berperisa ‘mushroom’.

Katanya, vape ini mengandungi sebatian psikoaktif seperti psilocybin dan psilocin, yang boleh menyebabkan halusinasi dan gangguan mental. – https://amiminerals.org/