TERUJA tengok perkongsian penyanyi dan komposer Yuna yang mengimbas kembali majlis perkahwinannya dengan Adam Sinclair tujuh tahun lalu.
Bersempena tarikh bersejarah mereka yang jatuh pada 26 Januari lalu, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu turut berkongsi video di pelamin.
Lucunya, dalam ruangan komen rata-rata pengikut mendakwa pelamin indah itu sememangnya menjadi impian mereka.
Menerusi semakan, pelamin terbabit bernilai RM70,000 dengan hiasan lima jenis bunga-bungaan bersama dahan yang diambil pereka dari hutan.
Ikutkan memang wajar rekaan tersebut menjadi idaman sampai ada yang mengakui mahukan perkahwinan dihiasi singgahsana sebegitu.
Walaupun bertahun-tahun berlalu, majlis pernikahan di tanah tinggi membabitkan dua pasangan serasi itu masih jadi bualan hingga ke hari ini.
Diva: Sejak Yuna kahwin di puncak gunung, ramai selebriti ikut jejak sama.