Peket teh, jus ekstasi RM1.09 juta dirampas

DADAH JUS EKTESI TEH

BAHRIN (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dipercayai dadah ekstasi dalam dalam sidang akhbar di IPD Kluang hari ini.

KLUANG – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah berjumlah 6,922.36 gram (g) yang dibungkus dalam peket teh dan jus minuman bernilai RM1,097,500 selepas memberkas dua lelaki di sebuah rumah di Taman Permata, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu ditangkap pada pukul 10 pagi itu.

“Kita menemukan pelbagai peket plastik teh dan jus minuman berisi serbuk ektasi dan 1,139 biji dadah jenis sama dengan berat keseluruhan 6,922.36g.

“Dua buah kereta jenis Perodua Kelisa dan Kia Optima masing-masing berharga RM8,000 dan RM5,000 dipercayai milik bapa suspek turut dirampas dalam serbuan itu,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang hari ini.

Bahrin memberitahu, semakan mendapati dua suspek yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah, komersial dan dadah. Ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine dan direman sehingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan. – https://amiminerals.org/