Pekan Nostalgia bakal diwujudkan di KL, tarik pelancong asing

WhatsApp Image 2024 10 26 at 4.23.05 PM

Dr. Zaliha melawat gerai pekan nostalgia pada Majlis Apresiasi Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya di Putrajaya, hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan berhasrat mewujudkan kawasan khas dikenali Pekan Nostalgia di Kuala Lumpur bagi menarik pelancong asing mengenali Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, pekan itu menempatkan reruai bagi jualan makanan, kraftangan dan pakaian tradisional bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Program sebegini memang baik diadakan di ibu negara dan saya sudah bincang dengan pihak terlibat agar direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Pekan Nostalgia anjuran Mercure Living Putrajaya di sini hari ini.

Ia menempatkan sejumlah 12 reruai bertemakan kenangan zaman dahulu yang berlangsung dua kali setiap bulan pada Sabtu dengan beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam di kawasan koridor kompleks beli-belah Shaftsbury Mall. – https://amiminerals.org/