PBT tidak boleh wajibkan peniaga mohon sijil halal

WhatsApp Image 2024 12 27 at 3.03.55 PM

Kor Ming melawat MyKiosk Meru Raya ketika hadir pada program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya, Ipoh. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh mengenakan syarat wajib kepada peniaga makanan dan minuman untuk mendapatkan sijil halal bagi memperbaharui lesen perniagaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ini kerana tiada paksaan untuk restoran atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B) di seluruh negara memohon sijil halal seperti mana yang diputuskan kerajaan.

Katanya, PBT juga perlu menghormati bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berperanan penting dalam perkara itu sekali gus tidak melakukan apa-apa perkara yang bercanggah dengan keputusan Jemaah Menteri.

“Sijil halal adalah di bawah bidang kuasa JAKIM, jadi saya nasihatkan kepada mana-mana PBT untuk menghormati bidang kuasa Jakim.

“Jemaah Menteri pun sudah buat keputusan di mana kerajaan menggalakkan pengusaha untuk memohon sijil halal tetapi kita tidak pernah paksa. Itu yang saya tegaskan, kita tidak boleh paksa tapi menggalakkan,”katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, cadangan mewajibkan peniaga makanan dan minuman memiliki sijil halal dilihat agak membebankan terutama bagi peniaga kecil. – https://amiminerals.org/