KUALA LUMPUR – Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung dari 23 Mei lalu hingga hari ini menerima hampir 2 juta pengunjung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut meningkat berbanding 1.8 juta pengunjung pada penganjuran PBAKL sebelum ini.
“Kehadiran tahun lalu, rekod 1.8 juta (pengunjung). Tahun ini melepasi 1.8 juta dan mungkin hampir 2 juta (pengunjung). Saya ucap terima kasih kepada ibu bapa yang bawa anak dan para guru.
“PBAKL tersenarai antara festival sastera terbaik dunia”katanya pada Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini. – https://amiminerals.org/