PETALING JAYA – Sebuah kereta mencuri perhatian ramai apabila menjadikan pembahagi jalan sebagai tempat letak kereta.
Satu hantaran di Facebook oleh Sukan Star TV memaparkan Perodua Myvi berwarna merah parkir di atas pembahagi jalan, dengan keempat-empat tayarnya tergantung.
Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai tanda tanya, namun rata-rata pengguna media sosial mengambil kesempatan meninggalkan komen jenaka mengusik.
“Hebat pemandunya. Boleh dia agak berapa lebar dan tinggi batu divider (pembahagi jalan) tu. Rasanya dia tidak melanggar mana-mana undang-undang jalan raya. Apa pendapat korang? Fikirkan ye,” komen Wan Roshdi.
“Macam mana lah boleh ada divider (pembahagi jalan) dekat situ, membahayakan orang awam betul,” kata Abu Dzar Amran.
“Pandai dia parking, dapat jimat tempat parking,” usik Lee Ram. – https://amiminerals.org/