Pameran singkap komitmen LZS perkasa umat Islam Selangor

zakat selangor

Mohd. Sabirin menunjukkan sesuatu kepada Arshad berhubung pameran tersebut hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Perjalanan dan komitmen sepanjang 30 tahun Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam memperkasakan komuniti di Selangor dipersembahkan menerusi Pameran Jubli Mutiara 30 tahun LZS.

Pameran berlangsung sepanjang bulan ini bermula pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang tersebut dilaksanakan di Pustaka Raja Tun Uda di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, ia menggunakan konsep bahtera sebagai simbol perjalanan LZS selama tiga dekad menguruskan rukun Islam keempat itu.

“Ia menggambarkan sebuah kapal yang kuat dan teguh belayar membawa harapan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan (asnaf).

“Bahtera ini menjadi lambang dedikasi LZS menghadapi segala cabaran dan terus berusaha menyantuni golongan asnaf serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pengeluar zakat di negeri ini,”katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, perasmian tersebut disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Menurut Mohd. Sabirin, mengangkat tema‘Jalinan Harapan, Membangun Kehidupan’ menjadi platform pendedahan kepada masyarakat mengenai usaha LZS menyantuni golongan asnaf.

Selain itu, kata beliau, bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan zakat sebagai pemangkin pembangunan ummah.

“Sepanjang tempoh pameran, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung termasuk kuiz interaktif, pertandingan mewarna dan program Start With Sepuluh,”jelasnya. – https://amiminerals.org/