SUBANG JAYA – Paip saluran gas meletup di Putra Heights di sini dipercayai berusia 30 tahun yang dipasang pada tahun 1991.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memaklumkan penyelenggaran berterusan dilakukan daripada segi ketebalan paip dan tekanan sepanjang jajarannya.
Bagaimanapun, kata beliau, siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sama ada wujud kebocoran atau tidak pada saluran paip itu.
“Buat masa ini, Petronas tiada maklumat ada kebocoran. Jadi, polis akan melihat data-data dari stesen di Petronas yang buat kawalan aliran gas ini.
“Jajaran paip ini dari Kerteh, Terengganu ke sini dan Segamat seterusnya selatan dan pergi ke Perlis dan Thailand di utara,”katanya pada sidang akhbar hari ini.
Hussein menjelaskan, ia merupakan kejadian ketiga melibatkan saluran paip gas dengan sebelum ini di Sabah dan Sarawak akibat gempa bumi
“Kita dimaklumkan bahawa paip-paip ini mempunyai sensor sekiranya berlaku penurunan tekanan atau kebocoran.
“Kalau ikut bomba ada tiga unsur menyebabkan letupan iaitu gas, oksisgen dan percikan api. Walaupun gas bocor sahaja, tidak akan meletup sekiranya tiada percikan,”katanya. – https://amiminerals.org/