PETALING JAYA – “Allah nak hapuskan dosa kita, bagi suami kita sakit supaya kita boleh menjaganya dan dari situ dihadiahkan pahala,”kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, UAI berkata, sekiranya seseorang isteri itu menjaga dan melayani suami yang sakit dengan penuh sabar maka, dosanya akan dihapuskan.
“Kita jaga betul-betul sampailah suami meninggal, kemudian kita pula meninggal tetapi disebabkan kebaikan itu dosa kita tiada.
“Ke mana dosa itu (hilang)? Kerana Allah sudah ampunkan sebab kamu sudah menjaga suami. Itu semua pahala,”katanya dalam sesi ceramahnya yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Katanya, begitu juga kalau ibu bapa diuji dengan anak yang jahat, derhaka dan sebagainya.
“Semua tu kifarah bagi ibu bapa. Allah nak hapuskan dosa mereka diberi anak derhaka dan jahat.
“Atas sifat reda dan sabar ibu bapa itu menjaga anak tersbut, mereka akan menjadi ahli syurga,”ujarnya.- https://amiminerals.org/