Padah curi sawit RM500, kena denda RM1,500

GambarHIASAN24 majistret 1

Gambar hiasan

JEMPOL – Seorang lelaki didenda RM1,500 di Mahkamah Majistret Bahau, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri 30 tandan buah sawit milik Felda bernilai RM500, bulan lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Norshazwani Ishak selepas tertuduh, Azril Ahmad, 38, menukar pengakuan kepada bersalah ketika prosiding sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah mencuri 30 tandan buah sawit milik Felda Lui Timur, di Peringkat 3F Sungai Lui 2, di sini, pukul 5.26 petang pada 7 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – https://amiminerals.org/