PETALING JAYA – Bertugas sebagai pendidik di kawasan pedalaman menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi kerana mereka perlu meredah keadaan jalan berliku serta dipenuhi selut.
Menerusi TikTok @Benzaid, guru tersebut berkongsi perjalanan pulang para guru ke kampung halaman masing-masing sempena cuti panjang persekolahan dengan melalui jalan berlopak dan selut dengan menaiki motosikal serta kenderaan pacuan empat roda (4X4)
Dia berkongsi video tersebut bagi menjawab soalan daripada pengikutnya yang bertanyakan jenis pengangkutan digunakan oleh cikgu perempuan untuk pulang ke kampung.
“Selamat bercuti buat semua guru-guru di Malaysia, selamat berehak. Kami pun nak bercuti cikgu-cikgu di pedalaman. laluan kami macam nilah.
“Orang balik kampung ikut lebuh raya, kami ikut jalan macam nilah,”katanya dalam video tersebut.
Kongsinya, guru-guru wanita akan kenderaan 4X4 untuk pulang ke kampung.
“Tambang untuk sebuah kenderaan 4X4 sekitar RM600 hingga RM1,000 sehala. 4X4 tak berani masuk sebuah dan kena ada dua atau tiga jadi, tambang akan berganda.
“Kosnya memang tinggi nak masuk Kawasan pedalaman ni,”jelasnya.- https://amiminerals.org/
@cikguoffroad Replying to @putuswayerotak cikgu perempuan ulamg alik naik 4×4 sewa pergi dan balik ke sekolah setiap minggu. #cikguperempuan #cikgupedalaman #cikgukental #sekolahpedalaman #landcruiser #4x4offroad #hardcoreoffroad #offroad #posbalar #guamusang ♬ MY PRAYER FOR YOU DEAR – MSC