KOTA TINGGI – Penduduk di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini hilang punca pendapatan selepas sungai yang menjadi sumber pendapatan mereka untuk menangkap ikan didakwa tercemar sehingga menyebabkan ribuan ikan mati.
Penduduk Azman Inang, 30, yang juga seorang nelayan berkata, mereka menyedari banyak ikan mati kira-kira pukul 8.30 malam semalam di kawasan Sungai Sayong.
“Ini adalah kejadian ketiga dalam bulan ini. Sungguh mengecewakan kerana kami bergantung pendapatan pada hasil sungai sebagai nelayan.
“Bila perkara ini berlaku pendapatan kami telah terjejas jadi saya berharap sangat pihak kerajaan negeri Johor khususnya Menteri Besar Johor ambil beratlah tentang perkara ini” katanya ketika ditemui di sini.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kematian ribuan jenis ikan di sungai berkenaan. – https://amiminerals.org/