Operator tambah nilai judi online ditangkap polis

Gambar hantaran tular membabitkan lokasi Judi atas talian secara terbuka di Taman Bukit Pilah Perdana 2 April lalu.

Gambar hantaran tular membabitkan lokasi Judi atas talian secara terbuka di Taman Bukit Pilah Perdana, 2 April lalu.

KUALA PILAH – Seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang dipercayai berperanan sebagai operator tambah nilai judi atas talian ditangkap polis dalam satu serbuan di Taman Bukit Pilah Perdana, 2 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, serbuan dibuat susulan maklumat yang diterima Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dibantu Cawangan Bahagian Pencegahan dan Tahanan (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan serta Balai Polis Kuala Pilah menerusi Ops Dadu.

“Tangkapan ini telah disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan pihak polis akan terus memantau dan membuat risikan dari masa ke semasa bagi mengesan dan mengekang kegiatan perjudian ini dari terus berleluasa,”katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial mengenai kegiatan perjudian atas talian didakwa dilakukan secara terbuka di kawasan tersebut yang mana tempat berkenaan sebelum ini merupakan pusat snuker.

Hantaran berkenaan mendakwa lokasi itu menjadi tempat untuk kaki-kaki judi membeli kredit judi atas talian dengan menggunakan dua perempuan warga asing yang duduk di tangga bagi menarik serta mempromosikan Judi atas talian kepada orang ramai yang lalu lalang di depan kedai. – https://amiminerals.org/