Nilai transaksi harta tanah negara lebih RM100 bilion

negara

Gambar hiasan.

KAJANG – Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 menunjukkan pertumbuhan paling tinggi bilangan dan nilai transaksi harta tanah Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Perkara positif tersebut dimaklumkan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika merujuk data terkini diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dari segi trend pertumbuhan ujarnya, pasaran menokok lapan peratus manakala transaksi naik 24 peratus kepada 198,906 nilai RM105.65 bilion berbanding Separuh Pertama 2023.

“Pencapaian tertinggi pada separuh pertama tahun ini juga didorong oleh sentimen kukuh pertumbuhan ekonomi negara iaitu kira-kira 5.9 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Penyelidikan Harta Tanah Antarabangsa 2024 di Institut Penilaian Negara (Inspen), hari ini.

Sokongan berterusan pihak kerajaan ujarnya, melalui pelaksanaan pelbagai langkah dari Belanjawan 2024 menjadi pemangkin pasaran harta tanah domestik yang lebih kukuh. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *