KUALA LUMPUR – Nasib 572 anak asuhan GISB Holdings (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa dari 20 buah premis di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi Op Global baru-baru ini akan dibincangkan pada minggu hadapan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kertas cadangan itu akan dibawa ke Kabinet pada minggu hadapan untuk dibincangkan bersama beberapa kementerian lain.
“Mereka kini berada di rumah dalam keadaan selamat dan sihat. Cuma apa langkah seterusnya (yang perlu diambil).
“Jadi, kita akan kemukakan dalam mesyuarat Kabinet mengenai tindakan seterusnya bukan hanya kita tetapi juga kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),”katanya hari ini.
Belau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Menangani Anema Kekurangan Zat Besi Pada Kanak-kanak di Pantai Dalam di sini hari ini.
Menurut Nancy, kementeriannya akan mengemukakan cadangan jangka pendek, sederhana dan panjang mengenai masa depan kanak-kanak berkenaan.
“Masa depan yang dimaksudkan adalah berkaitan pendidikan, keselamatan semua kanak-kanak terlibat, kesan kepada mereka selepas ini,”katanya.
Terdahulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka 11 rumah selamat untuk 572 mangsa yang diselamatkan dalam Op Global setakat ini. – https://amiminerals.org/.