BESUT – Pengguna Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru gempar apabila seorang lelaki didakwa tiba-tiba terjun dari Jambatan Jerteh di sini semalam.
Setakat ini, identiti lelaki yang dikatakan terjun ke dalam Sungai Besut pada pukul 5.30 petang itu masih belum dikenalpasti.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md. Saleh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan mangsa.
“Kejadian mangsa didakwa terjun dari Jambatan Jerteh itu dimaklumkan pengguna jalan raya yang mendakwa menyaksikannya.
“Begitupun setakat ini identiti mangsa yang dikhuatiri lemas tersebut masih belum dikenalpasti,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Md. Sani berkata, buat masa ini, pasukan SAR masih belum menemui apa-apa petunjuk.
Sehubungan itu, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil untuk membantu siasatan. – https://amiminerals.org/