Nahas lima maut: Shazwani beria ajak bercuti, perancangan \’last minit\’

WhatsApp Image 2024 10 25 at 21.10.57

Mardhiana menunjukkan gambar kenangan keluarga kakaknya, Shazwani yang terkorban bersama suami dan anak sulung dalam nahas di Gua Musang sewaktu ditemui di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pasangan suami isteri, Mohd. Junaizi Jusoh, 48, dan Shazwani Ismail, 39, yang merupakan antara terkorban dalam kemalangan di Kilometer 86 Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan hari ini begitu teruja untuk bercuti ke Cameron Highlands, Pahang.

Adik Shazwani, Mardhiana, 36, berkata, kakak dan abang ipar yang merupakan pengusaha kantin sekolah mengajak ahli keluarga untuk bercuti bersama-sama mereka.

“Perancangan untuk bercuti ke Cameron Highlands ini sebenarnya disuarakan arwah kakak dan abang ipar saya (Shazwani dan Mohd. Junaizi) pada saat-saat akhir.

“Seramai 11 ahli keluarga termasuk dua anak mereka mengikut namun saya tidak dapat ikut serta kerana bekerja hari ini,”katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Payang Kayu di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.57 pagi itu, Mohd. Junaizi, Shazwani dan anak sulung mereka, Muhammad Fakrul Danish, 18, serta Farhana yang merupakan adik kelima Syazwani maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dirempuh sebuah lori membawa muatan batu di lokasi kejadian.

Kemalangan itu juga mengorbankan pemandu lori, G. Mageswara, 53.

Dalam pada itu, katanya, rombongan keluarga tersebut bergerak dengan menaiki tiga kereta dari Kampung Payang Kayu pada pukul 7 pagi. – https://amiminerals.org/