Nahas FRU: Tiga jenazah tiba di surau IPD Hilir Perak

WhatsApp Image 2025 05 13 at 11.11.13 PM

Jenazah anggota FRU beragama Islam akan disembahyangkan di Surau Ar-Rahman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak malam ini. – Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TELUK INTAN – Tiga daripada tujuh jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah tiba di Surau Ar-Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini pada pukul 10.28 malam.

Jenazah Koperal Mohd. Pozli Jaudin, 41, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, 38, dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, tiba di surau tersebut dengan menaiki tiga van jenazah.

Jenazah tiga anggota itu bersama empat anggota lain yang beragama Islam akan disembahyangkan di surau berkenaan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Markas FRU Unit 5, Sungai Senam, Ipoh untuk istiadat penghormatan terakhir.

Ahli keluarga mangsa telah tiba di surau itu sejak petang tadi sementara menunggu proses bedah siasat kesemua anggota terlibat dalam nahas itu selesai. – https://amiminerals.org/