Nahas FRU: Agong, permaisuri zahir ucapan takziah buat keluarga mangsa

WhatsApp Image 2025 05 13 at 2.49.16 PM

Poster ucapan takziah yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih susulan kemalangan di Teluk Intan, Perak yang meragut nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan terbabit.

“Sungguh menyedihkan. Saya dan isteri saya mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang kehilangan ahli mereka dalam tragedi ini.

“Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati, dan para keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan, serta dipermudahkan urusan melalui tempoh yang amat sukar ini,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, 10 anggota FRU Unit 5 Ipoh dilaporkan maut dalam nahas membabitkan lori muatan pasir di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak. hari ini.

Antara mangsa yang maut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd. Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Koperal Mohamad Hilmi Mohd. Azlan, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif dan Konstabel Akmal Wafi Annuar.

Difahamkan, kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memberitahu, kesemua anggota FRU yang terbabit dalam kemalangan tersebut dari Unit 5 Sungai Senam, Ipoh.- https://amiminerals.org/