Mukhriz dakwa ada gerakan jatuhkan Zahid dalam UMNO

pejuang

Pengasas Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad diiringi oleh isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Mukhriz pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pejuang di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini. – Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

SHAH ALAM – Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa wujud gerakan dalaman dalam UMNO untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

Beliau berkata, perkara tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan sejauh mana kebenaran di sebalik hasrat usaha dilakukan anggota parti UMNO.

“Saya berbincang dengan rakan-rakan dalam UMNO, saya masih berkawan dengan mereka di sana dan mereka sebut ada usaha singkirkan Ahmad Zahid. Saya tidak tahulah kebenaran di sebalik hasrat itu,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Pejuang, hari ini.

Mukhriz turut memaklumkan setakat ini tiada hasratnya kembali kepada UMNO meskipun Ahmad Zahid disingkirkan seterusnya menjawab soalan yang sering diutarakan kepada beliau.

“Saya sesekali tidak akan kembali kepada UMNO,”jelasnya. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *