KLUANG – Sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibina khusus untuk menempatkan anak-anak pegawai dan anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pembinaan dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu akan menjadi MRSM kedua dikhususkan kepada anak-anak anggota tentera selepas satu MRSM yang sedia ada di Kem Terendak, Melaka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun pihaknya akan terlebih dahulu membincangkan dengan Kementerian Pertahanan dimana MRSM berkenaan akan ditempatkan atau mengguna pakai empat buah MRSM yang telah dibina namun belum beroperasi.
Katanya, apa yang sudah dilakukan di 57 MRSM diseluruh negara ketika ini adalah memperkenal pengajian baharu iaitu hafazan ulul albab dan permulaannya kepada pelajar beragama Islam di tingkatan satu.
“Bagaimanapun, pengajian baharu ini tidak akan mengetepikan bidang akademik atau bidang pilihan apabila mereka berada di tingkatan dua hingga ke tingkatan lima.
“Hasil daripada ujian yang diperolehi, anak-anak atau pelajar yang telah mengikuti ulul albab lazimnya pencapaian akademiknya lebih tinggi,”katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Kem Mahkota Kluang di sini hari ini..
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menambah peruntukkan bagi pembangunan pendidikan Islam sebanyak RM1.9 billion tahun ini berbanding RM1.4 billion pada 2023.-https://amiminerals.org/