MPM PBT pertama di Perak tanggung caruman SKSPS 2,000 penjaja

WhatsApp Image 2024 12 10 at 4.27.00 PM

MUHAMMAD Faizal Shah (lima dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Pengarah Perkeso Perak, V. Mohanadas (empat dari kiri) di bangunan MPM, Seri Manjung, Perak, hari ini. – Foto IHSAN PERKESO

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Perak yang melakukan caruman perlindungan risiko tidak dijangka kepada kira-kira 2,000 penjaja sekitar daerah Manjung.

Perlindungan itu dibuat dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS).

Yang Dipertua MPM, Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri, memberitahu MPM memperuntukkan RM46,600 bagi menanggung kos caruman semua penjaja tersebut yang mempunyai lesen yang aktif.

“Kos ini adalah inisiatif MPM bagi memastikan penjaja mendapat perlindungan keselamatan sosial pada tahun depan.

“Sebagai insentif, MPM menawarkan pendaftaran automatik bagi 2,000 penjaja terawal yang memperbaharui lesen mereka sebelum 31 Disember ini,”katanya pada Sesi Libat Urus Berkaitan Caruman Perlindungan SKSPS di pejabat MPM di Seri Manjung, hari ini. – https://amiminerals.org/