MoU peruntukan: ‘Mesyuaratlah dahulu, draf itu boleh dipinda’

WhatsApp Image 2025 03 10 at 11.56.28 AM

Anwar ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29 di Cyberjaya hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.

Anwar berkata, ruang antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuaratlah dahulu, draf itu boleh dipinda.

“Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu,”katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, di sini pada Isnin.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.

Ia seolah-olah perlu menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan. – https://amiminerals.org/